Meraikan Kelahiran Yang Tercinta

Aqiqah Di Mekah

Raikan Kelahiran Cahaya Mata Dengan Aqiqah

“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.
Riwayat al-Bukhari (2839).
Daftar Aqiqah

Aqiqah Dulu Bayar Kemudian

Kami menyediakan pelan bayaran ansuran bagi memudahkan ibadah Aqiqah anda untuk yang tersayang.
Daftar Aqiqah(Ansuran)

Apa Kata Peserta Kami

Mereka Bersama Kami

Negara Yang Terlibat

Marilah Meraih Keampunan, Kasih Sayang Dan
Cinta Allah S.W.T Dengan Berqurban

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat Al-Tirmizi (1493)]

Kenapa TheAqiqah, Bukan Yang Lain

Video Khusus

Kami akan menyediakan video khusus sembelihan beserta nama yang tercinta khas buat anda. Anda pastinya boleh melihat bagaimana urusan ibadah Aqiqah anda.

Tanah Suci Mekah

Dilaksanakan di Mekah oleh pegawai yang dilantik khas serta diagihkan dengan baik kepada mereka yang layak menerima

100% Online

Mudah, murah & selamat. Semuanya di hujung jari anda sahaja.

Yakin Dan Dipercayai

Selama lebih satu dekad, The Aqiqah telah membantu hampir 30,000 pelanggan merealisasikan hajat mereka untuk melaksanakan ibadah Aqiqah di serata dunia

Hadiah Istimewa Menanti Anda

The Baby Pillow

The Baby Pillow adalah bantal yang mempunyai bacaan 30 juzuk ayat suci Al-Quran, beserta dengan selawat. Hadiah ini istimewa kepada semua peserta TheAqiqah.

Sijil Ukiran Kayu

Peserta juga akan menerima hadiah istimewa iaitu sijil ukiran kayu yang ditempah khas untuk setiap penama yang daftar akikah bersama kami.

Akad
Isi maklumat perserta pada borang interaktif kami dan seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online yang kami sediakan

Ibadah Aqiqah
Ibadah Aqiqah akan dilaksanakan setiap hari atau pada hari khusus yang dipinta. Peserta boleh tracking ibadah Aqiqah melalui sistem yang disediakan di dalam website.

Cenderahati dan Sijil Penyertaan
Anda akan menerima hadiah eksklusif dan sijil penyertaan Aqiqah selepas ibadah diselesaikan.

Hanya 3 Langkah
Mudah Aqiqah

Daftar Aqiqah
Anda juga boleh membuat ansuran mudah sehingga 3x bayaran.
Daftar Aqiqah(Ansuran)

Pakej TheAqiqah

Aqiqah Haramain Kambing

“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”

Riwayat Abu Daud (2842)

Lokasi dilaksanakan

Mekah
Harga Bermula Dari

RM599

RM499

/ ekor

Promosi Aqiqah Haramain Kambing 2 Ekor

“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”

Riwayat Abu Daud (2842)

Lokasi dilaksanakan

Mekah
Harga Bermula Dari

RM1198

RM998

/ 2 ekor

Soalan Lazim

Apakah itu Aqiqah & kepentinganya?
Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.
Bilakah waktu paling baik untuk melaksanakan Aqiqah?
Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu.

Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda; “ Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan Aqiqah?
Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi.
Apakah haiwan sembelihan yang boleh dilakukan untuk ibadah Aqiqah?
Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Siapakah yang layak menerima daging sembelihan Aqiqah?
Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan qurban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.
starstar-emptychevron-down